INFO PPD KUALA PILAH 2017
Posted by admin on December 03 2015 05:57:38

SALAM RAMADHAN DAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 2017: Pejabat Pendidikan Daerah ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin kepada semua warga pendidik di Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus.

 

 

PROGRAM ZIARAH KASIH RAMADHAN KALI-6 2017

 

PROGRAM ZIARAH KASIH RAMADHAN KALI KE 6 PPD KUALA PILAH 2017: Acara tahunan Pejabat Pendidikan Daerah mengagihkan sumbangan barang keperluan untuk pelajar yang kurang berkemampuan di sekitar Daerah Kuala Pilah. Seramai 20 orang pelajar yang dipilih dari pelbagai tempat iaitu dari Kg. Tulang Rimau, Kg. Kepis Hilir, Kg. Sawah Lebar, Kg. Sungai Dua Besar, Kg. Tapak, Kg. Terusan Ulu, Tmn. Bukit Intan, Ampang Tinggi Seberang, Kg. Bukit Perah dan Kg. Gemetir. Sebanyak 4 kumpulan yang terdiri daripada warga PPD dan seramai 7 orang dari setiap kumpulan mula bergerak menyampaikan sumbangan pada 16 Jun 2017 . PPD Kuala Pilah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Warga PPD yang menyampaikan sumbangan dan Ketua Kampung yang terlibat bagi menjayakan program ini.